Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk
yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap
itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku,
adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah
swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat
dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya
20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman
yang bermaksud.
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti
ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang
mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah
dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang
hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada
mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya
Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat
syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan
dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia
sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: “Ya Tuhanku apakah sudah
aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau
seperempatnya? ”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
“Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun
dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau
miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak
akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan
kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha melaakukannya.
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam
maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung
di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam
bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama
di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari
kiamat didalam semua hari.
Semoga bermanfaat untuk dikongsikan, sama-samalah kita
menyebarkan dakwah islam walaupun sepatah kata-kata.
0 SWeet Talker:
Post a Comment
Terima Kasih (^_^)