Sponser By

♥THIS BLOG♥

♥ Ily Nabilah (Elly)
♥ 22 years old (2013)
♥ University Of Malaya (Profesional Islamic Financial Planning )
♥ International Darul Huffaz
”beribadat dan beramal kepada Allah sebagaimana anda akan mati esok dan carilah rezeki umpama kita akan mati 1000 tahun lagi”

Jan 26, 2013

Kata-kata hikmah Part 1


Assalammualaikum semua ^_^

Hari ni Cik Elly nak kongsi kata-kata hikmah yang Cik Elly suka baca .
 Maksud kata-kata ni pon simple ajer.
kata-kata hikmah ni Cik Elly kumpulkan dari pelbagai Blogger. 


  1. Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan … buat pedoman.
  2. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
  3. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
  4. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 
  5. Biasakan diri dengan mengeluarkan sedekah meskipun hanya sedikit .kerana sedekah dapat memadamkan api kesalahan, menggembirakan hati, menghilangkan keresahan dan menambah rezeki.Jadilah orang yang berpandangan luas.
  6. Berusahalah untuk memaafkan sesiapa sahaja  yang berbuat  jahat kepada kita. Agar  kita boleh menikmati hidup dengan damai dan tenang. Buangkanlah jauh-jauh keinginan untuk membalas dendam.
  7.  Semulia-mulia  manusia ialah siapa yang mempunyai adab,Merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, Memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat





0 SWeet Talker:

Post a Comment

Terima Kasih (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...