Sponser By

♥THIS BLOG♥

♥ Ily Nabilah (Elly)
♥ 22 years old (2013)
♥ University Of Malaya (Profesional Islamic Financial Planning )
♥ International Darul Huffaz
”beribadat dan beramal kepada Allah sebagaimana anda akan mati esok dan carilah rezeki umpama kita akan mati 1000 tahun lagi”

Sep 30, 2013

Islam Itu Indah ^_^

IT MAKE TEARS A LOT


Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad Wa Ala Alihi..
SubhanaAllah WalhamduliIllah WalailahaillaAllah WaAllahuakbar



Lihat pada komen pemuda di 1:51 yang bertanyakan adakah kamu muslim ???

menunjukkan sebenarnya orang-orang Islam itu memiliki imej yang baIk dimata orang bukan Islam dan bukanlah imej pengganas seperti yang selalu digembar-gemburkan...

Bahkan walaupun hanya sekadar senyum sahaja yang sangat mudah untuk dilakukan itu pun insyaAllah kita masih mampu untuk melakukannya.. bagaimana pula mahu mengukirnya di wajah orang lain ??? berbuat baiklah dengan manusia, insyaAllah Allah tidak akan mensia-siakanmu di hari akhirat nanti...

 

Apr 2, 2013

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini

Assalammualaikum ^_^

Tak Rugi Menangis Kerana Allah SWT



Mar 3, 2013

Allah Sentiasa Menerima Taubat HambaNYA





ABDUR RAHMAN BIN GHANNAM al-Daws mengisahkan bahawa suatu hari Mu’adz bin Jabal datang kepada Rasulullah. Setelah mengucapkan salam dia memberitahu : “Wahai Rasulullah, di depan pintu ada seorang pemuda segak sedang menangis seperti hamba sahaya kecil kehilangan emaknya. Dia ingin berjumpa denganmu.”

“Suruh pemuda itu masuk wahai Mu’adz” kata Nabi. Mu’adz pun membawa pemuda itu masuk menemui Rasulullah.

“Apa yang membuatmu menangis wahai pemuda?” Tanya Rasulullah.

“Macam mana aku tidak menangis ya Rasulullah, aku telah melakukan dosa besar yang aku rasa tidak mungkin akan diampuni Allah!” jawab pemuda itu.

Rasulullah terus bertanya : Apakah engkau mempersekutukanNya?” Tanya Nabi.

Pemuda itu serta merta menjawab : “Aku berlindung kepada Allah untuk mempersekutukanNya dengan apa jua pun,” jawabnya.

Rasulullah pun bertanya lagi : “Apakah engkau membunuh seseorang yang diharamkan Allah untuk membunuhnya?”

“Tidak ya Rasulullah.”

“Jika begitu Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu sebesar gunung yang menjulang ke langit.” Kata Rasulullah.

Pemuda itu tiba-tiba menangis kuat sambil berkata : “Dosaku lebih besar daripada gunung itu!”

“Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu sebesar tujuh bumi berikut, lautan dan segala yang ada di dalamnya.” Kata Rasulullah sambil tersenyum.

“Namun dosaku lebih besar daripada itu ya Rasulullah!” jawab pemuda itu lagi.

Dengan sabar Rasulullah bersabda : “Allah tetap akan mengampuni dosa-dosamu sebesar langit dan bintang-bintangnya sekali.”

Lagi-lagi pemuda itu menjawab : “Dosaku lebih besar daripada itu ya Rasulullah!”

“Wahai pemuda! Apakah dosa-dosamu yang lebih besar ataukah Tuhanmu?” Tanya Rsulullah.
Maka pemuda itu tersungkur di hadapan Nabi dan berkata : Subhanallah, tidak ada yang lebih besar daripada Tuhanku.”

“Kalau begitu, dosa apakah yang telah engkau perbuat?” Tanya Nabi.
Dengan air mata yang berlinang pemuda itu pun menceritakan :
“Sudah tujuh tahun ini pekerjaanku mencuri kain kafan mayat yang baru dikuburkan, untuk aku jual ke pasar. Pada suatu hari ada seorang gadis Ansar meninggal dunia. Setelah gadis itu dikubur dan ditinggalkan oleh keluarganya, seperti biasa aku pun mendatangi kuburnya untuk mengambil kain kafannya. Aku gali kuburnya dan aku keluarkan mayatnya, kemudian aku lepaskan kain kafannya daripada tubuhnya. Aku tinggalkan dia dalam keadaan telanjang di kubur, kemudian aku segera pulang membawa kain itu. Setelah aku sampai di rumah aku teringat betapa indahnya tubuh gadis itu, sehingga akhirnya aku tergoda untuk melihatnya kembali. Ketika aku melihat mayat gadis yang telanjang itu, aku tidak dapat menguasai diriku sehingga aku menyetubuhinya. Pada masa itu seolah-olah aku mendengar seseorang yang mengatakan : “Wahai pemuda, celakalah engkau di hadapan penghisab di hari kiamat kelak, tempatmu adalah di neraka….” Aku segera sedar dan merasa takut sekali, bagaimana menurut pendapatmu ya Rasulullah?” Tanya pemuda itu mengakhiri kisah perbuatan dosa-dosanya.

Mendengar kisah pemuda itu, Rasulullah sangat tekejut dan berkata : “Pergilah engkau daripada sisiku. Aku takut akan terbakar bersama apimu!”

Pemuda itu pun segera pergi meninggalkan Rasulullah dengan wajah yang sangat murung. Dia pergi ke Madinah dan di tempat itu dia menangis selama empat puluh hari empat puluh malam, memohon ampun kepada Allah. “Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kekhilafanku dan berikanlah wahyu kepada Nabi-Mu. Jika Engkau tidak mengampuniku, maka berilah segera aku seksaan yang menghancurkanku di dunia ini, tetapi selamatkanlah aku daripada seksaanMu di hari kiamat nanti…!”

Rupa-rupanya taubat pemuda itu diterima Allah. Allah swt kemudian menurunkan wahyu sepotong ayat kepada Rasulullah : “Dan(juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa kecuali Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (Ali-Imran 135-136)

Selepas menerima wahyu itu, Rasulullah bersama para sahabat keluar mencari pemuda itu. Ditemuinya pemuda itu berada di antara dua batu besar dalam keadaan lemah dengan mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis. Rasulullah mendatangi pemuda itu dan membersihkan debu-debu yang melekat di kepalanya sambil berkata:
“Aku ingin memberi khabar gembira kepadamu bahawa engkau kini telah dibebaskan Allah daripada api neraka.”

Rasulullah kemudian berpaling kepada para sahabatnya yang menyertai baginda seraya bersabda : “Beginilah hendaknya kalian menyertai dosa-dosa yang kalian perbuat, seperti yang dilakukan pemuda ini.”

Mar 2, 2013

Jubah Untuk Ibu





Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,
yang tak menyusahkan aku? marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak
menjawab sepatah apapun. Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah
dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba
la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak
dengar nasihat orang hah? leter ibu lagi.


Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan
rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa
dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. Sekarang
kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua
tu? Cakap Along, cakap!Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar
namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di
kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan
hal sebenar. Si ibu semakin bengang. Jadi betul la kau yang mulakan
pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah,
rasakan! Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu,
jangan pukul bu..sakit bu..Along meraung meminta belas si ibu agar
tidak merotannya lagi. Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak
rasa sakit? Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu
menyirat tubuh Along yang kurus itu. Bu, ampunkan Along bu,bukan Along
yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!, rayu Along dengan suara
yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan
tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya
lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi
kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah
hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang
masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada
manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak
dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang
tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini
marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua
sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan
memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..
Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua
kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua
itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along
mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada
bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba
memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu
menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat
mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM,
kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di
wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along
sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati
dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti
hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada
walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan
perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan
melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak
acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia
mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu
di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.
Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya
mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik
perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah
ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil
memerhatikan mereka.

Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?
Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan
yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu
yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak
bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan
mereka sambil memasang telinganya. Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu
boleh? Eh jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah
Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik
atas mandi dan tukar baju dulu ye!, si ibu bersuara lembut. Along
menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…anak-anak
kesayangan ibu nak balik rupanya.. bisik hati kecil Along. Kak Ngah
dengan Alang nak balik ke ibu?, soalnya lagi masih belum berganjak
dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. Oooo.. patutlah ibu masak lauk
banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik,
ibu tak masak macam ni pun?. Along terkejut mendengar soalan Atih.
Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. Along kan
hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk
asrama, balik pun sebulan sekali ja!, terang si ibu.Tapi, ibu tak
penah masak lauk macam ni dekat Along pun.., soal Atih lagi. Dahinya
sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui
kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan
dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.
Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah
dengan Alang dekat stesen bas., arah ibu. Dia tidak mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa
yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di
sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang
perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke
Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di
satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada
sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung
bermanik. Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni.. Dia bermonolog
sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia
membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia
segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. Laa..kau ke, apa
kau buat kat sini?, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan
Fariz. Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat
sini?, soalnya pula. Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok
baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku, jelas Along jujur. Waa..bagus
la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macam mana?
Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. Betul
ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!, Along meminta kepastian. Untuk
kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!, balas Fariz
meyakinkannya. Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit
sekarang ni. Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya
sambil tersenyum. Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.
Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia
tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi
silap-silap dipukul lagi.Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?,
soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along
menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang
semakin lusuh itu. Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah,
aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!,
pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.
Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke
arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar
sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan
lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang
ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah
dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah
ayahnya. Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?,
soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada
menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar
ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah.. leter ibu lagi. Along
hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka
selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan
Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih
memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. Along ni teruk tau.
Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua
tu. Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along
mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia
mengambil jalan untuk membisu sahaja. Along! Kalau tak suka belajar,
berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada
menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di
sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.
Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti
ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.
Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera
mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak
keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab,
pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia
akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan
cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan,
pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa
beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan
selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa
dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru
dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari
pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja
dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal
dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit
gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa
agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh
setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu
terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.
Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat
hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. Azam, kalau aku tanya
kau jangan marah k! soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka
menikmati nasi bungkus tengah hari itu. Macam serius jer bunyinya
Abang Joe? Along kehairanan.Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?
Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut
tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. Kenapa
lari dari rumah? Bergaduh dengan parents? Tanya Abang Joe lagi cuba
menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan
mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan
perasaan sedih.Azam, kau ada cita-cita tak ataupun impian ker?
Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang
selesa dengan soalannya tadi. Ada. jawab Along pendek.Kau nak jadi
apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam
aku atau apa?Along menggeleng-gelengkan kepala. semua tak.Cuma satu
je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya. Jawab Along disusuli
ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak
serius menjawab soalannya itu. Ala, gurau ja la Abang Joe…
Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi
anak yang soleh!. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas
didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.
Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu
baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum
pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.Abang
Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga
saya beberapa hari ni, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu
bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan
keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini
menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. Abang Joe, jaga diri
baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang Joe. Kata Along lagi. Tapi, kau kan
boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?, soal Abang Joe.
Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya.Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.
Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik
abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju. Balasnya
dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang
memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk
membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa
berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. Hey Azam,
mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya. Zam, mak kau marah kau
lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si
Malik tu?Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu
aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along
dengan tenang. Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak
kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. Tak apa lah Riz, aku tak
nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.Zam..kau ni..aku ok,
lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat
kisah lama tu. Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. 
Aku nak beli jubah ni.

Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!,
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. No
problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke? , soal Fariz ingin
tahu. Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”, terang
Along. Abang Joe mana ni?Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih
sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!, jelas Along dengan
panjang lebar. Fariz mengangguk ..Azam, kau nak bagi hadiah ni kat
mak kau bila?Hari ni laâ..balas Along.Ooo hari lahir ibu kau hari
ni ek?Bukan, minggu depan.Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu
depan je?, soal Fariz lagi. Aku rasa hari ni je yang yang sempat
untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak
marah aku lagi. Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along
tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.
Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum
menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira
yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan
terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat
perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan
mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar
yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along
membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu
dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang
tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan
kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar
dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya
berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan
itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang
berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang
wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali
apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada
ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih
memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari
kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan
semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih
digenggamannya itu. Ha..hadiah untuk ibu, ucapnya sambil
berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat
dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil
dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat
ditahan lagi. Pandangan Along semakin
kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang
menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan
dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along
bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan
bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna
merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat
ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini.
Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah
maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu,
Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah
hadiah ini..UNTUKMU IBU! Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang
bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang
dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih
dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus
mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya
selama ini. 

Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak
bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu
Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia
sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat
lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak
pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya
seorang perempuan gila.. cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu
terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia
merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. Tapi, kenapa arwah
tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan.
Sebab..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa
dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan
ke hospital sakit jiwa semula….Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat
menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota
badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh
hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang
selama ini dianggap derhaka.

Ayah, Adik Sayang Ayah





ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"
Ayah pun berasa geram...
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."

Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"

ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."

Adik pun berasa sangat gembira...
ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"

ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."
Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.


Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja sangat kuat di dalam hidup. Kita seharusnya tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa menghabiskannya dengan orang yang penting dalam hidup kita; orang yang dekat di hati kita. Sentiasalah ingat bahawa apalah saja nilainya RM100 sejam tersebut kalau dibandingkan dengan nilai sejam bersama orang tersayang? Kalau kita meninggal esoknya, tempat kita bekerja dengan senangnya akan mencari pengganti kita. Tetapi, keluarga dan sahabat handai yang kita tinggalkan akan terasa kehilangan kita untuk seumur hidup. Dan kalau difikirkan lagi, kita memang sentiasa mendekatkan diri kita di tempat kerja berbanding dekat dengan keluarga kita.

Sesetengah perkara adalah lebih penting dari kerja...

Mar 1, 2013

Rebecca Black- It's Jumuah "Friday" (Raef Cover)

Assalammualaikum ^_^

Hari ni Ely nak share My Favret! My favret! song ..
Elly pasti sesiapa yang dengar mesti akan tersenyum ..





5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody’s rushing
Got to get down to the masjid
Got to say “Salam!” to the Imam
 
Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up… Do what the prophet did!
 
It’s Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
 
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Yeay!
Miswaking!, Miswaking!
WOo!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf
 
12:45 the Imam’s on the minbar, talking about something like 
“Fiqh Az-Zakat”
They’re whispering, chatting from the crowd, don’t they know that it’s haram
I stand up, you stand up, prayer’s about to start
 “Qad, Qaamat es-Salaah”
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don’t step on me!
 
Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up… Do what the prophet did!
 
It’s Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Yeay!
Miswaking!, Miswaking!
Yeay!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf
 
It’s Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy
It was narrated from Abu Sa’eed al-Khduri that the Prophet (peace and blessings of be upon him) said: “Whoever reads Surat al-Kahf on Friday, he will be illuminated with light between the two Fridays.” Narrated by al-Hakim


Feb 28, 2013

Qasidah Part 4

Assalammualaikum ^_^

Elly suka dengar Qasidah ni , macam lagu raya ..
Maaf untuk entry kali ni Elly tak dapat nak bagi lirik , cube carik tapi xde ..





Feb 26, 2013

Qasidah Part 3

Rabbi Inni (Subhanallah wal hamdulillah)





SUBHANALLOH


SUBHANALLOH WALHAMDULILLAH WA LAAILAAHAILLALLOH 2X 
ALLOH ALLOH ALLOH YAA ALLOH ....................2X

ROBBY INNI YAA DZASSIFATIL - YAA DZASSIFATIL `ALIYYAH QOO’IMUN BIL- FINA URIIDU-- FINAA URIIDU ‘ATTHIYYAH 
ALLOH 
ALLOH ALLOH YAA ALLOH ..................2X-

TAHTA BAABIRROJA WAQOFTU-- ROJAA WAQOFTU BIDZURRI FA’AGHITSNI BIL QOSDI QOBLA BILQOSDI QOBLAL MANIYYAH
 ALLOH 
ALLOH ALLOH YAA ALLOH ..................2X-

WARROSUULUL KARIIMU BABUN – KARIIMU BABUN ROJAA’I FAHUWA GHOUSYI WA GHOUTSU KULLIL - WA GHOUTSU KULLIL BARRIYYAH 
ALLOH
 ALLOH ALLOH YAA ALLOH ...................2X

FA AGHISYNIY BIHI WA BALLIG - BIHI WA BALLIG FU’AADIY KULLA MMA YAR- YARTAJIIHI MIN –YARTAJIHI MIN UMNIYYAH
 ALLOH 
ALLOH ALLOH YAA ALLOH ...................2X

MA`A SHIDQIL IQBAALI FII KULL- IQBAALI FII KULLI AMRI QOD QOSODNAA WASSODQI FII KULL--WASSODQI FII KULLII NIYYAH 
ALLOH 
ALLOH ALLOH YAA ALLOH ..................2X

ROBBI FASLUK BINAA SABIILA- BINAA SABIILA ROJAALI SALAKUU FITTUQOO THORIIQO-- FITTUQOO THORIIQO SAWIYYAH 
ALLOH 
ALLOH ALLOH YAA ALLOH ..................2X



Qasidah Part 1

Sholatun Bi Salamin Mubini







صَلاَةٌ بِالسَّلاَم
صَلاَةٌ بِالسَّلاَمِ المُبِينِ     لِنُقطَةِ التَّعيِينِ يَاغَرَامِى
Sholatum bissalamil mubiini      linuqtotitta’yiini ya ghoromi
Shalawat serta salam sesungguhnya untuk yang terkhusus, wahai Rinduku…
نَبِيٌّ كَانَ اصلَ التَّكوِينِ     مِن عَهدِ كُن فَيَكُون يَاغَرَامِي
Nabiyyun kana ashlattakwiini            min ‘ahdikun fayakun ya ghoromi
Sang Nabi, awal penciptaan sejak masa Kun fa yakun, wahai Rinduku…
اَيَّامَن جَاءَنَا حَقًّا نَذِيرِ     مُغِيثًامُسبِلا سُبُلَ الرَّشَادِ
Ayyaman ja ana haqqon nadziri       mughiitsam musbilan subularrosyaadi
Wahai engkau yang telah datang kepada kami membawa sebenar peringatan, penolong serta penunjuk jalan kebenaran…
رَسُولُ اللهِ يَاضَاوِي الجَبِينِ     وَيَامَن جَاءَ بِالحَقِّ المُبِينِ
Rasulullahiya dhowil jabiini      wa ya man ja a bil haqqil mubiini
Wahai Rasulullah yang dahinya bercahaya…Wahai yang datang dengan kebenaran yang terang…
 
صَلاَةُ لَم تَزَل تُتلى عَلَيكَ     كَمِعطَرِ النِّسِيمِ تُهدى الَيك
sholatullamtazal tutla alaika         kami’thorinnasiimi tuhda ilaika
Shalawat senantiasa tercurah atasmu bagaikan angin wewangian yang dihadiahkan kepadamu…



Feb 6, 2013

Islamic Cover.

Assalammualaikum ^_^
Islamic Cover ni , bukan dari air tangan Elly ..
Elly cuma Copi Tampal aje ..
Kalau nak ambik ajer okey !








Cover MukaBook




Feb 5, 2013

Qasidah Part 2

"Ya Hanana" (Betapa Beruntungnya Kami)


maksud dan lirik :




ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد
dzoharoddiinul muayyad
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad    bidzhuhuurin nabi ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na nabi muhammad   dzalikal fadhlu minallah
يَا هَنَانَا
ya hana na



خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
يَا هَنَانَا
ya hana na



مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
يَاهَانَانَأ
ya hana na



اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
يَاهَنَانَا
ya hana na



صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
يَا هَنَانَا
ya hana na



 Terjemahan Qasidah Ya Hanana


” Betapa Beruntungnya Kami “



Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya

 (Muhammad SAW),

lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.


Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami






Feb 4, 2013

Bukan Calang-II orang Boleh Buat

Jan 31, 2013

:: 12 SIKAP ISTERI YANG MENENTERAMKAN HATI SUAMI ::



1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.

2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.

3. Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman.

4. Menerima sekecil apapun pemberian (materi) suami. Dan tidak sekali-kali mengeluhkan atau menyepelekannya.

5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum bisa ia penuhi.

6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami.

7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami sepanjang bukan menyuruh pada hal-hal kemaksiatan.

8. Suka menemani suami di saat makan. Dengan ditemani maka seorang suami akan merasakan kenikmatan dalam kebersamaan.

9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.

10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Karena rata-rata seorang suami tidak menyukainya.

11. Suka menghibur hati suami ketika ia dalam suasana bersedih.

12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.

Jalan Mencari Kemanisan Iman


1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"

2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."

3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

4- "Jika kita mengingati dosa kita, tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan"

5- "Jika kita membuat dosa, tidak terasa dengan dosa, kita telah membuat dua kali dosa, satu kerana dosa yang dibuat, keduanya kerana tidak merasa berdosa."

6- "Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba."

7- "Sebenarnya hukuman Allah kepada manusia di atas kesalahannya setiap hari berlaku. Cuma berat atau ringan dan bentuknya tidak sama di antara satu sama lain. Namun manusia tidak mahu juga dijadikan pengajaran. Justeru itu layaklah manusia ini dihukum sekali lagi di Akhirat kelak".

8- "Banyak orang mengambil berat tentang dosa-dosa lahir tetapi mengabaikan dosa-dosa batin."

9- "Banyakkan mengingat dosa-dosa kita daripada mengingat amal kebajikan kita, cara ini lebih menyelamatkan kita di Akhirat kelak."

10- "Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa."

11- "Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan, dosa tetap dosa, dosa tetap dianggap derhaka, dosa sekalipun kecil kalau Allah tidak ampunkan tetap Neraka."

12- "Adakalanya orang yang menyalahkan orang yang membuat salah, dosanya lebih besar daripada orang yang membuat kesalahan, atau membuat dosa kalau dosa itu tersembunyi dibongkarnya, atau menuduh atau menghukum, terlebih atau keterlaluan daripada kesalahan yang dibuatnya."

13- "Dua orang atau lebih yang membuat satu dosa yang sama nilainya, setiap orang itu rasa berdosa tidak sama, mesti ada lebih, ada kurangnya mengikut ketaqwaan masing-masing, atau mengikutlah tingkatan iman masing-masing."
14- "Kalau orang telah mengabaikan dosa-dosa lahir, dosa-dosa batin lebih-lebih lagi terabai"

15- "Kalau seseorang itu tidak bimbang dengan dosa lebih-lebih lagi setelah terlibat dengan dosa tidak pun hati merintih dengan dosa itu ditakuti mati di dalam suul-khatimah."

16- "Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah parahnya."

17-"Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia."

18-"Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah."

19- "Anggaplah kita ini orang dagang di dunia ini, bahkan merasakan demikian setiap waktu, agar kita tidak terpaut dengan dunia, dan mendorong kita buat persiapan untuk balik ke Akhirat, dengan cara ini Insya-Allah kita akan selamat"

20- "Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak membuat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan."

Jan 30, 2013

Kata Hikmah Sayidina Abu Bakar As Siddiq


Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
  • ·         Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
  • ·         Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
  • ·         Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.
  • ·         Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’
  • ·         Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.


3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:
  • ·         Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
  • ·         Syukur perhiasan kepada nikmat
  • ·         Sabar perhiasan kepada bala.
  • ·         Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
  • ·         Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
  • ·         Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
  • ·         Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
  • ·         Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat:  “Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...