1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya
mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada
kebaikan"
2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan
buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah
dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."
3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu,
lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu,
merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan
Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak
dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."
4- "Jika kita mengingati dosa kita, tidak nampak lagi
kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan"
5- "Jika kita membuat dosa, tidak terasa dengan dosa,
kita telah membuat dua kali dosa, satu kerana dosa yang dibuat, keduanya kerana
tidak merasa berdosa."
6- "Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun
kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan
sifat kehambaan yang kita ini memang hamba."
7- "Sebenarnya hukuman Allah kepada manusia di atas
kesalahannya setiap hari berlaku. Cuma berat atau ringan dan bentuknya tidak
sama di antara satu sama lain. Namun manusia tidak mahu juga dijadikan pengajaran.
Justeru itu layaklah manusia ini dihukum sekali lagi di Akhirat kelak".
8- "Banyak orang mengambil berat tentang dosa-dosa
lahir tetapi mengabaikan dosa-dosa batin."
9- "Banyakkan mengingat dosa-dosa kita daripada
mengingat amal kebajikan kita, cara ini lebih menyelamatkan kita di Akhirat
kelak."
10- "Orang yang halus perasaannya, orang lain yang
bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa
berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau
dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang
masa."
11- "Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan, dosa
tetap dosa, dosa tetap dianggap derhaka, dosa sekalipun kecil kalau Allah tidak
ampunkan tetap Neraka."
12- "Adakalanya orang yang menyalahkan orang yang
membuat salah, dosanya lebih besar daripada orang yang membuat kesalahan, atau
membuat dosa kalau dosa itu tersembunyi dibongkarnya, atau menuduh atau
menghukum, terlebih atau keterlaluan daripada kesalahan yang dibuatnya."
13- "Dua orang atau lebih yang membuat satu dosa yang
sama nilainya, setiap orang itu rasa berdosa tidak sama, mesti ada lebih, ada
kurangnya mengikut ketaqwaan masing-masing, atau mengikutlah tingkatan iman
masing-masing."
14- "Kalau orang telah mengabaikan dosa-dosa lahir,
dosa-dosa batin lebih-lebih lagi terabai"
15- "Kalau seseorang itu tidak bimbang dengan dosa
lebih-lebih lagi setelah terlibat dengan dosa tidak pun hati merintih dengan
dosa itu ditakuti mati di dalam suul-khatimah."
16- "Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu
singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada
bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah
parahnya."
17-"Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang
paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda
yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah
itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah
yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada
pandangan mata manusia."
18-"Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya
menghijab di antaranya dengan Allah."
19- "Anggaplah kita ini orang dagang di dunia ini,
bahkan merasakan demikian setiap waktu, agar kita tidak terpaut dengan dunia,
dan mendorong kita buat persiapan untuk balik ke Akhirat, dengan cara ini
Insya-Allah kita akan selamat"
20- "Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak
membuat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih
bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati yang
masanya tidak berkesudahan."
0 SWeet Talker:
Post a Comment
Terima Kasih (^_^)