Sponser By

♥THIS BLOG♥

♥ Ily Nabilah (Elly)
♥ 22 years old (2013)
♥ University Of Malaya (Profesional Islamic Financial Planning )
♥ International Darul Huffaz
”beribadat dan beramal kepada Allah sebagaimana anda akan mati esok dan carilah rezeki umpama kita akan mati 1000 tahun lagi”

Jan 30, 2013

Kata Hikmah dari Sayidina Umar Al Khattab



Sayidina Umar berpesan:
– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.

– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
·         Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.

·         Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

·         Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

·          Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

0 SWeet Talker:

Post a Comment

Terima Kasih (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...