Nabi saw. bersabda, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di
dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum
pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang
digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang
berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan
berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk
unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan
dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang
sangat jauh.” (HR Muslim)
Menutup aurat adalah perintah Allah.
Tidak menutup aurat dengan sempurna adalah berdosa dan merupakan suatu maksiat
yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak jika tidak sempat
bertaubat.
Bertaubatlah sebelum terlambat.
0 SWeet Talker:
Post a Comment
Terima Kasih (^_^)