Sponser By

♥THIS BLOG♥

♥ Ily Nabilah (Elly)
♥ 22 years old (2013)
♥ University Of Malaya (Profesional Islamic Financial Planning )
♥ International Darul Huffaz
”beribadat dan beramal kepada Allah sebagaimana anda akan mati esok dan carilah rezeki umpama kita akan mati 1000 tahun lagi”

Dec 8, 2012

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini? 

Murid 1 : Orang tua 

Murid 2 : Guru 

Murid 3 : Teman 

Murid 4 : Kaum kerabat 

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)
Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini? 

Murid 1 = China 

Murid 2 = Bulan 

Murid 3 = Bintang 

Murid 4 = Matahari 

Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama
Imam Ghazali : Apakah yang paling besar didunia ini? 

Murid 1 : Gunung 

Murid 2 : Matahari 

Murid 3 : Bumi 

Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka
Imam Ghazali : Apakah yang paling berat didunia? 

Murid 1 : Baja 

Murid 2 : Besi 

Murid 3 : Gajah 

Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah
Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini? 

Murid 1 : Kapas 

Murid 2 : Angin 

Murid 3 : Debu 

Murid 4 : Daun-daun 

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Mata pedang!!!
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalahLIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

0 SWeet Talker:

Post a Comment

Terima Kasih (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...